Khamis, 25 April 2013

Mesyuarat SMMPRN Bil/2 2013
Berbincang isu-isu pelajar

Bermesyuarat di Bilik Mesyuarat DMAK

Mesyuarat Sekretariat Majlis Pegawai Rumah Negeri(SMMPRN)Mesir telah diadakan pada 22 hb April 2013 di Bilik Mesyuarat Asrama Melayu Abbasiah Kaherah(DMAK)bermula dari jam 9.30 pagi hingga 2.45 petang.Antara isu yang dibincang ialah proses kemasukan secara on-line ke Universiti -Universiti (kecuali Al-Azhar)bermula sesi 2013/14,statistik terkini pelajar Malaysia di Mesir,Status Kuliah Al-Ulum dan pengiktirafan Al-Azhar kepada 4 buah Maahad Tahfiz Al-Quran Malaysia iaitu Darul Al-Quran JAKIM,Maahad Tahfiz AQ  Klang Selangor,Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong dan Maahad Tahfiz AQ Aimi Muzlifah Kedah.

Rabu, 24 April 2013

Bersama Ilmuan Al-Quran Sheikh Ali

Pertemuan selepas solat zohor

Di ruang tahu rumah Sheikh Ali

menunggu juadah

Alhamdulillah ......

Allahummabariklana fimarazaktana.....sedap!

Berhenti sebelum kenyang..amalkan sunnah nabi!
4 hb April berkunjung ke rumah Sheikul Al-Qari' Sheikh Ali bin Abdul Majid di Shoubra, bapa angkat kepada pelajar MTAQ Pulai Chondong.Syahdunya bersama ilmuan Al-Qur'an.Tiada Sheikh Ali tiadalah MTAQ Pulai Chondong.Beliau merupakan Hakim Tilawah Al-Quran di seantero dunia Islam termasuk di Malaysia.Semoga dipanjang umur.....Ya Rabb!

Lawatan Kerja ke MaahadTahfiz Al- Qur'an Wal-Qiraat Shoubra

Bersama Sheikh Khaled 
Lawatan kerja ke Maahad  Qiraat Al-Azhar Shoubra pada 4 hb April 2014 untuk mendapat maklumat tentang prestasi pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan pencapaian akademik mereka.Pada keseluruhannya prestasi pelajar masih ditahap sederhana dan perlu diadakan perbincangan  untuk peningkatan pada masa  akan datang.Terimakasih kepada Sheikh Khalid  Timbalan Mudir Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra kerana sudi berkongsi pengalamannya mendidik pelajar Malaysia! Jazakallah....

Beginilah tempat belajar Tahfiz...........yang penting ilmu!

Di depan Masjid Shoubra bersama Dr.Najib Abdullah

Antara Seikhul Al-Qiraat MQ Al-Azhar  Shoubra ....

Rabu, 17 April 2013

Kunjung hormat dan ramah mesra ke KBMK

Bersama En.Shaiful Annuar bin Hj.Mohamad Ketua Cansei KBMK 
Bersama   Prof Madya Datok Suaidi bin Datok Safei Pengarah EME 

Bersama Ust Muhaimin Mahmood Pegawai Atace Agama JAKIM di Mesir
Pertemuan ramah-mesra ini telah diadakan pada 11 hb Mac 2013 di Bangunan Kedutaan Malaysia di 21,El-A'anab Street,Mohandessine ,Gizza

Kunjung hormat TYT Datok Duta Besar Malaysia di Republik Arab Mesir

Saya Bersama Dato Duta

Perjumpaan ramah-mesra antara Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Mesir bersama TYT Datok Duta pada 25 Mac 2013.