Selasa, 4 Jun 2013

Pertemuan Pegawai & Mr Ahmad Attal

Perjumpaan di Pejabat Ahmad Al-Attal membincang soal
pembinaan bangunan baru, pemasangan gas tobii,tandas jaga dan  tangga ke
ruang belakang rumah

Seorang CEO yang mudah diajak berbincang

Perjumpaan Dua Mata YB Dato' Hj Abd.Fattah dan Mr.Ahmad

Pertemuan YB Dato' Hj.Abdul Fattah Mahmood dan Mr Ahmad Attal
  CEO AlAttal Group pemaju  Asrama Baru Kelantan yang akan dibina pada
26 Mei 2013 di Hotel ,Wisma Sultan Mohamad Ke V jam 2.30 petang

Rancak berbincang isu-isu berkaitan

YB Dato' mengharapkan proses pembinaan berjalan lancar

Muqabalah Imam Terawikh Qaryah Ramadhan

Bersama Fadilatul Al-Syeikh Isa  Hassan Al-Mi'syarawi  Syeikhul Al-Muqarie'
(Ketua kepada semua Qari Mesir)

Perbincangan tentang proses muqabalah(temuduga)Imam Qaryah Ramadhan

Bergambar Kenangan pada 27 hb Mei 2013 di Markaz Al-Qur'an Al-Mi'syarawi
di  Hayyu Saamin dan turut hadir Syeikh Hisham Rageh Imam Qaryah Ramadhan
tahun lepas.

Bertukar Cenderahati tanda terimakasih kepada Syeikh 

Ramah Mesra Bersama YB Dato Hj.Abdul Fattah Mahmood

Khusyu' mendengar soalan yang diajukan

Al-Fadhi Ust.Azhar bin Abdul Sattr dan Ust.Zahiruddin
wakil MPKB -BRI
 Majlis Ramah Mesra bersama YB Dato' Hj Abdul Fattah bin Mahmood dan rombongan telah diadakan di Masjid Wisma Sultan Mohamad ke V pada 26 hb Mei 2013 selepas solat insyak.Lebih kurang seramai 350 orang menghadiri majlis ini walaupun masing-masing sibuk dengan persiapan peperiksaan fasal ke dua.YB telah bermurah hati menyumbangkan dua ekor khoruf sebagai hidangan kepada pelajar-pelajar yang hadir.Majlis tamat pada jam 11.00 malam.
Barisan Ahli Majlis Tertinngi KPKM

Mendengar isu-isu semasa di tanahair

RKB Tinggal Kenangan

Bersama YB.Dato'Hj.Abd.Fattah  dan Mr .Ahmad Attal




Proses meruntuhkan Bangunan Rumah Kelantan Baru(RKB)  pada  jam 11.30 pagi 26 hb Mei 2013 .Turut sama menyaksikannya YB Dato' Hj.Abdul Fattah bin Hj.Mahmood Exco Kerajaan Negeri Kelantan,Mr.Ahmad Attal CEO Al-Attal Group .Bangunan ini dibina oleh Kerajaan Negeri melalui  pihak Yayasan Kelantan Darulnaim(YAKIN) dengan kerjasama Majlis Agama Islam &Adat Istiadat Melayu Kelantan( MAIK) yang dijangka menelan belanja RM 14 juta(LE 34.7 juta). Ianya merupakan Asrama Ke 3  Kelantan di Perlembahan Nil.Asrama  Pertama dikenali sebagai  Rumah Kelantan Lama(RKL),yang kedua Rumah Kelantan Baru(RKB) iaitu yang sedang diroboh dan akan dibina semula dan Wisma Sultan Mohamad Ke V.Pembinaan Asrama Kelantan yang akan dikenali  sebagai Wisma Tengku Dr.Mohamad Faez Petra ini adalah  setinggi 9 tingkat merangkumi Kolej Kediaman,Masjid dan sebuah Restoran dijangka siap pada bulan Ogos 2016 dan ianya  mampu  menempatkan pelajar seramai 240 orang pelajar pada satu-satu masa. .Alhamdulillah ,inilah bukti motto negeri berkebajikan ,rakyat diutamakan ! Takbir!!! 



Proses meratakan tanah sedang rancak berjalan

Terpaksa korbankan yang lama untuk dapatkan yang baru!

Khamis, 25 April 2013

Mesyuarat SMMPRN Bil/2 2013
Berbincang isu-isu pelajar

Bermesyuarat di Bilik Mesyuarat DMAK

Mesyuarat Sekretariat Majlis Pegawai Rumah Negeri(SMMPRN)Mesir telah diadakan pada 22 hb April 2013 di Bilik Mesyuarat Asrama Melayu Abbasiah Kaherah(DMAK)bermula dari jam 9.30 pagi hingga 2.45 petang.Antara isu yang dibincang ialah proses kemasukan secara on-line ke Universiti -Universiti (kecuali Al-Azhar)bermula sesi 2013/14,statistik terkini pelajar Malaysia di Mesir,Status Kuliah Al-Ulum dan pengiktirafan Al-Azhar kepada 4 buah Maahad Tahfiz Al-Quran Malaysia iaitu Darul Al-Quran JAKIM,Maahad Tahfiz AQ  Klang Selangor,Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong dan Maahad Tahfiz AQ Aimi Muzlifah Kedah.

Rabu, 24 April 2013

Bersama Ilmuan Al-Quran Sheikh Ali

Pertemuan selepas solat zohor

Di ruang tahu rumah Sheikh Ali

menunggu juadah

Alhamdulillah ......

Allahummabariklana fimarazaktana.....sedap!

Berhenti sebelum kenyang..amalkan sunnah nabi!
4 hb April berkunjung ke rumah Sheikul Al-Qari' Sheikh Ali bin Abdul Majid di Shoubra, bapa angkat kepada pelajar MTAQ Pulai Chondong.Syahdunya bersama ilmuan Al-Qur'an.Tiada Sheikh Ali tiadalah MTAQ Pulai Chondong.Beliau merupakan Hakim Tilawah Al-Quran di seantero dunia Islam termasuk di Malaysia.Semoga dipanjang umur.....Ya Rabb!