Selasa, 4 Jun 2013
Muqabalah Imam Terawikh Qaryah Ramadhan
Bersama Fadilatul Al-Syeikh Isa Hassan Al-Mi'syarawi Syeikhul Al-Muqarie' (Ketua kepada semua Qari Mesir) |
Perbincangan tentang proses muqabalah(temuduga)Imam Qaryah Ramadhan |
Bergambar Kenangan pada 27 hb Mei 2013 di Markaz Al-Qur'an Al-Mi'syarawi di Hayyu Saamin dan turut hadir Syeikh Hisham Rageh Imam Qaryah Ramadhan tahun lepas. |
Bertukar Cenderahati tanda terimakasih kepada Syeikh |
Ramah Mesra Bersama YB Dato Hj.Abdul Fattah Mahmood
Khusyu' mendengar soalan yang diajukan |
Al-Fadhi Ust.Azhar bin Abdul Sattr dan Ust.Zahiruddin wakil MPKB -BRI |
Majlis Ramah Mesra bersama YB Dato' Hj Abdul Fattah bin Mahmood dan rombongan telah diadakan di Masjid Wisma Sultan Mohamad ke V pada 26 hb Mei 2013 selepas solat insyak.Lebih kurang seramai 350 orang menghadiri majlis ini walaupun masing-masing sibuk dengan persiapan peperiksaan fasal ke dua.YB telah bermurah hati menyumbangkan dua ekor khoruf sebagai hidangan kepada pelajar-pelajar yang hadir.Majlis tamat pada jam 11.00 malam.
Barisan Ahli Majlis Tertinngi KPKM |
Mendengar isu-isu semasa di tanahair |
RKB Tinggal Kenangan
Bersama YB.Dato'Hj.Abd.Fattah dan Mr .Ahmad Attal |
Proses meruntuhkan Bangunan Rumah Kelantan Baru(RKB) pada jam 11.30 pagi 26 hb Mei 2013 .Turut sama menyaksikannya YB Dato' Hj.Abdul Fattah bin Hj.Mahmood Exco Kerajaan Negeri Kelantan,Mr.Ahmad Attal CEO Al-Attal Group .Bangunan ini dibina oleh Kerajaan Negeri melalui pihak Yayasan Kelantan Darulnaim(YAKIN) dengan kerjasama Majlis Agama Islam &Adat Istiadat Melayu Kelantan( MAIK) yang dijangka menelan belanja RM 14 juta(LE 34.7 juta). Ianya merupakan Asrama Ke 3 Kelantan di Perlembahan Nil.Asrama Pertama dikenali sebagai Rumah Kelantan Lama(RKL),yang kedua Rumah Kelantan Baru(RKB) iaitu yang sedang diroboh dan akan dibina semula dan Wisma Sultan Mohamad Ke V.Pembinaan Asrama Kelantan yang akan dikenali sebagai Wisma Tengku Dr.Mohamad Faez Petra ini adalah setinggi 9 tingkat merangkumi Kolej Kediaman,Masjid dan sebuah Restoran dijangka siap pada bulan Ogos 2016 dan ianya mampu menempatkan pelajar seramai 240 orang pelajar pada satu-satu masa. .Alhamdulillah ,inilah bukti motto negeri berkebajikan ,rakyat diutamakan ! Takbir!!!
Proses meratakan tanah sedang rancak berjalan |
Terpaksa korbankan yang lama untuk dapatkan yang baru! |
Khamis, 25 April 2013
Mesyuarat SMMPRN Bil/2 2013 |
Berbincang isu-isu pelajar |
Bermesyuarat di Bilik Mesyuarat DMAK |
Mesyuarat Sekretariat Majlis Pegawai Rumah Negeri(SMMPRN)Mesir telah diadakan pada 22 hb April 2013 di Bilik Mesyuarat Asrama Melayu Abbasiah Kaherah(DMAK)bermula dari jam 9.30 pagi hingga 2.45 petang.Antara isu yang dibincang ialah proses kemasukan secara on-line ke Universiti -Universiti (kecuali Al-Azhar)bermula sesi 2013/14,statistik terkini pelajar Malaysia di Mesir,Status Kuliah Al-Ulum dan pengiktirafan Al-Azhar kepada 4 buah Maahad Tahfiz Al-Quran Malaysia iaitu Darul Al-Quran JAKIM,Maahad Tahfiz AQ Klang Selangor,Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong dan Maahad Tahfiz AQ Aimi Muzlifah Kedah.
Rabu, 24 April 2013
Bersama Ilmuan Al-Quran Sheikh Ali
Pertemuan selepas solat zohor |
Di ruang tahu rumah Sheikh Ali |
menunggu juadah |
Alhamdulillah ...... |
Allahummabariklana fimarazaktana.....sedap! |
Berhenti sebelum kenyang..amalkan sunnah nabi! |
Langgan:
Catatan (Atom)