Selasa, 4 Jun 2013

RKB Tinggal Kenangan

Bersama YB.Dato'Hj.Abd.Fattah  dan Mr .Ahmad Attal




Proses meruntuhkan Bangunan Rumah Kelantan Baru(RKB)  pada  jam 11.30 pagi 26 hb Mei 2013 .Turut sama menyaksikannya YB Dato' Hj.Abdul Fattah bin Hj.Mahmood Exco Kerajaan Negeri Kelantan,Mr.Ahmad Attal CEO Al-Attal Group .Bangunan ini dibina oleh Kerajaan Negeri melalui  pihak Yayasan Kelantan Darulnaim(YAKIN) dengan kerjasama Majlis Agama Islam &Adat Istiadat Melayu Kelantan( MAIK) yang dijangka menelan belanja RM 14 juta(LE 34.7 juta). Ianya merupakan Asrama Ke 3  Kelantan di Perlembahan Nil.Asrama  Pertama dikenali sebagai  Rumah Kelantan Lama(RKL),yang kedua Rumah Kelantan Baru(RKB) iaitu yang sedang diroboh dan akan dibina semula dan Wisma Sultan Mohamad Ke V.Pembinaan Asrama Kelantan yang akan dikenali  sebagai Wisma Tengku Dr.Mohamad Faez Petra ini adalah  setinggi 9 tingkat merangkumi Kolej Kediaman,Masjid dan sebuah Restoran dijangka siap pada bulan Ogos 2016 dan ianya  mampu  menempatkan pelajar seramai 240 orang pelajar pada satu-satu masa. .Alhamdulillah ,inilah bukti motto negeri berkebajikan ,rakyat diutamakan ! Takbir!!! 



Proses meratakan tanah sedang rancak berjalan

Terpaksa korbankan yang lama untuk dapatkan yang baru!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan