( J I H A D )
Bagi membantu melicinkan tugas Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Mesir, maka satu urusetia telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh semua pimpinan persatuan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM). Urusetia yang dinamakan Jawatankuasa Induk Hal-ehwal Anak Darulnaim (JIHAD) ini dipengerusikan sendiri oleh Pegawai KPKM dan ahlinya adalah semua Penasihat, Ahli Jawatankuasa Tertinggi KPKM serta Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) KPKM sebagaimana berikut:
Senarai Hierarki JIHAD
Pengerusi : Ustaz Haji Azhar bin Salleh
Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Mesir
Setiausaha : Ustaz Mohd Azahar bin Azmi
Ketua Lembaga Penasihat KPKM
Anggota : Ustaz Muhammad Abdul Malik bin Abdul Karim Penasihat KPKM
Ustaz al Hafiz Jamal Najmuddin bin Sulaiman Penasihat KPKM
Ustaz Zulat'fi bin Ashari Penasihat KPKM
Ustazah Kamilah binti Mohamad Penasihat KPKM
Ustazah Kamilah binti Mohamad Penasihat KPKM
Ustaz Haji Mohd Mukhlis bin Hasin Yang Dipertua KPKM
Ustaz Ahmad Subhi bin Zainal Abidin Timbalan YDP KPKM
Ustaz Syed Ahmad Ridwan b Sayed Md Zain Setiausaha Agung
Ustaz Mohd Faiq bin Ab Rahim Timbalan Setiausaha
Ustaz Md Haikal bin Inche' Md Shamsuddin Bendahari
Ustaz Ahmad Fathi Ridza bin Mat Nor AJKT KPKM
Ustaz Nor Sobah bin Muhammad AJKT KPKM
Ustaz Wan Ahmad Fathee bin Wan Abdullah AJKT KPKM
Ustaz Mohd Kamel bin Awang Ghani AJKT KPKM
Ustaz Muhamad Najuddin bin Razak AJKT KPKM
Ustaz Muhammad Abqari bin Mohd Afandi AJKT KPKM
Ustaz Ahmad Hakimi bin Ahd Suhaimi AJKT KPKM
Ustazah Nabilah binti Ab Rashid Ketua HEWI
Ustazah Siti Fatimah bt Wan Mat Setiausaha HEWI
Ustazah Nor Jannah bt Asek Timbalan SU HEWI
Ustazah Ruaida bt Abdul Rahman Bendahari HEWI
Ustazah Noor Fhadzilah bt Abdul Razak AJK HEWI
Ustazah Azlina bt Ismail AJK HEWI
Ustazah Khalilah bt Zainon AJK HEWI
Ustazah Noor Atiqah bt Ab Halim AJK HEWI
Ustazah Nurul Jannah bt Zakaria AJK HEWI
Ustazah Balkis bt Mohd Ghani AJK HEWI
Ustazah Hurun In bt Ahmad AJK HEWI
JIHAD akan berfungsi sebagai urusetia Pejabat Pegawai KPKM dan bertindak melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Merancang, melaksana, menilai program-program akademik, sosial dan program-program yang berkaitan dengan hal ehwal kebajikan pelajar-pelajar Kelantan di Mesir.
2. Memantau semua aktiviti pelajar-pelajar Kelantan dan mengambil tindakan yang sesuai bagi kebajikan mereka.
3. Memantau prestasi akademik pelajar-pelajar Kelantan dan mengambil tindakan yang sesuai bagi kecemerlangan pengajian dan pembelajaran pelajar-pelajar.
4. Mengadakan hubungan dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) serta universiti-universiti di Timur Tengah bagi kebajikan pengajian dan pembelajaran pelajar-pelajar Kelantan.
5. Menguruskan hal-hal yang berhubungkait dengan wang pinjaman atau bantuan kewangan yang lain bagi melicinkan dan memudahkan kebajikan pelajar.
6. Menguruskan surat-menyurat yang berhubungkait dengan hal ehwal kebajikan anak-anak Kelantan terutamanya pelajar tajaan YIK.
7. Menerima dan melaksana segala arahan dari Yayasan Islam Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan dari semasa ke semasa.
8. Mengemaskini data dan rekod pelajar-pelajar Kelantan di Mesir.
9. Merancang program kecemerlangan akademik dan kemahiran kepada pelajar.
10. Memantau dan melapor prestasi akademik dan disiplin setiap pelajar Kelantan dan mengambil tindakan untuk kecemerlangan pengajian dan pembelajaran mereka.
11. Memberi khidmat nasihat berkaitan pengajian, kebajikan serta bimbingan kaunseling kerjaya pelajar.
JIHAD telah secara rasminya ditubuhkan pada 22 Sya'ban 1432 bersamaan 23 Julai 2011 di dalam mesyuarat kali pertamanya. Diharapkan dengan penubuhan jawatankuasa ini, maka kebajikan pelajar-pelajar Kelantan di Mesir akan dapat ditingkatkan, Insya, Allah.